Seharian kita sibuk dengan tugasan dan menguruskan anak-anak, dengan harapan anak-anak dapat membesar dengan segala kecukupan. Perlu diingat bahawa selain usaha kita, satu lagi faktor penentu kejayaan anak-anak adalah keberkatan.
Oleh itu, mari kita amalkan doa untuk anak ini agar mereka menjadi anak yang berjaya di dunia dan di akhirat. Doa untuk anak ini semuanya diambil daripada ayat-ayat Al-Quran agar menjadi rujukan kita sepanjang hayat.
Ibu bapa yang terbaik akan sentiasa mendoakan anaknya menjadi yang terbaik. Oleh hal yang demikian, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan didikan agama yang sempurna diberikan yang secukupnya kepada anak-anak mereka.
Biarlah kita mendidiknya dari kecil lagi. Supaya kelak, dia membesar nanti dengan didikan agama. Semoga doa terbaik untuk anak-anak ini dapat dijadikan panduan untuk semua
No comments:
Post a Comment