Iklan

Monday, June 9, 2014

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!


Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.


Kelebihan ESP ini ialah;

* membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.


* menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung

* setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat

* kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous

* indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah


====================================
➲ Bagaimana untuk mendapatkan ESP ini?
==================================== 
(✿◠‿◠)

✉ PM ke fb Eilarazi Master
☎ Call/Sms/WhatApp ke 013 3562795




Wednesday, January 4, 2012

Tip Penyusuan Bagi Ibu Yang Bekerja


~ Permulaan kisah penyusuanku untuk anak tersayang ~

    
    Salam semua..ingin eila kongsikan bersama pengalaman dalam penyusuan anak bermula si kakak- Farisha Maisara dan adiknya- Faqihah. Masa kak sha dulu ada terpikir jugak nak bagi sepenuhnya susu ibu tapi di sebabkan cetek ilmu tentang panduan penyusuan yang betul, jadi eila tak berkesempatan untuk bagi susu ibu sepenuhnya kat kak sha. Susu yang banyak masa membesarkan kak sha dlm peringkat umur 6 bln, eila biar mcm tu je lgi2 time waktu kerja. Sakitnya bengkak susu  Allah je yang tau. Nak buat kerja pun tak selesa. Tahan je la. Kat rumah baru bagi susu ibu. Sekarang rasa terkilan sangat sebab tak dapat bagi susu ibu kt kak sha. Tapi insyaAllah berbekalkan ilmu yang telah di pelajari eila akan cuba bagi susu ibu sepenuhnya pada adiknya pulak Nur Faqihah. Jadi dengan sedikit ilmu yang ada ni, eila nak share kan dengan pembaca semua. Semoga apa yang baik itu dating dari Allah dan apa yang salah itu datang dari saya sendiri. Sebarang komen atau pendapat ibu-ibu semua amat dialukan....

 Set Breast Pump
Eila beli kat babycenter Dungun. Tapi mak ai, mahal betul la RM130 lebih. Dah la charger yang hitam tu kena beli sendiri, kalau ada bagi sekali memang patut pun dapat harga macam tu. Dah beli nak wat camne, pakai je la...hehe


Stok Susu
Ni antara stok susu untuk Faqihah. Walaupun tak banyak tapi leh selalu pam. peti kecik je tak muat nak isi banyak..hehe..lagipun Faqihah sebulan lebih baru start mengepam. Boleh la dari xde stok langsung.. ada masa lagi nak tambah stok. :)

Ice Pack
Ice pack ni kena letak dalam peti sejuk beku. Boleh tahan 1 hari tu sepanjang kita bekerja. Letak ice pack ni kat dalam bekas yang berisi susu ibu. Tujuan dia untuk susu tahan lama dan mesti berada dalam keadaan sejuk.


Latihan memerah
 
-         Berlatih memerah susu 2 minggu selepas kelahiran
-         Pastikan peralatan penyusuan telah dibersihkan dan distril ( cuci peralatan dengan air dan sabun kemudian rendam dalam air panas selama  5-10 minit dan keringkan)
-         Pada awalnya jumlah susu yang dapat diperah sememangnya sedikit tetapi lama-kelamaan jumlahnya akan meningkat selepas beberapa hari percubaan
-         Sebelum mula memerah basuh tangan dengan bersih
-         Perah susu ke dalam bekas bersih yang mempunyai penutup
-         Biarkan susu yang baru diperah sebentar ke suhu bilik dan kemudian simpan susu perahan tersebut ke dalam peti sejuk.
-         Seeloknya buat jadual latihan untuk menilai kekerapan bayi menyusu dan berapa jumlah susu  (oz) yang diberikan pada setiap sesi. Pastikan 1 bekas untuk setiap satu sesi penyusuan

Panduan Am cara menyimpan susu perahan

1.    Bekas menyimpan susu mestilah bersih dan steril
2.   Simpan kuantiti yang mencukupi dalam satu bekas untuk sekali penyusuan
3.   Tinggalkan sedikit ruang udara dalam bekas penyimpanan untuk membolehkan proses pengembangan berlaku jika susu dibekukan
4.   Simpan di dalam peti sejuk
5.   Labelkan bekas dengan nama bayi, tarikh dan masa mula perahan
6.   Gunakan susu yang lebih awal terlebih dahulu

 
Cara Menyimpan Susu Perahan

Suhu bilik – 4jam hingga 8jam
Peti sejuk (rak atas) suhu 2-4darjah celcius – 3 hingga 5 hari
Peti sejuk (1 pintu) bahagian beku – 2 minggu
Peti sejuk (2 pintu) bahagian beku – 3 bulan
*susu sejuk beku yang telah dicairkan dalam peti sejuk bahagian bawah tidak boleh dibekukan semula
Peti sejuk “deep freeze” – 6 bulan

 
Mencairkan Perahan Susu Ibu Yang Dibekukan

Ø Sentiasa gunakan susu yang paling awal diperah
Ø Letakkan susu beku yang hendak digunakan di bahagian rak bawah peti sejuk semalam supaya mudah dicairkan
Ø Rendamkan bekas berisi susu didalam air suam (hanya panaskan kuantiti yang hendak digunakan untuk satu penyusuan)
Ø Susu yang telah dipanaskan mestilah digunakan dalam masa 1 jam (tidak boleh disimpan semula)
Ø Susu yang telah dibekukan akan menampakkan lemak terpisah menjadi dua lapisan. Goyangkan bekas dengan perlahan-lahan untuk menggabungkan lapisan lemak yang terpisah itu.
Ø Pastikan suhu susu suam dengan menitiskan beberapa titis susu di bahagian dalam pergelangan tangan


Tips Kejayaan Penyusuan Susu Ibu Bekerjaya

¨   Perahan SuSu
– Mulakan dengan menggantikan satu sesi penyusuan dengan susu perahan
– Secara teratur anda boleh tingkatkan penggantian sesi penyusuan sehingga 3 ke 4 kali sehari. Ia boleh dilakukan sepanjang hari
– Susukan bayi anda sejurus sahaja anda pulang dari kerja

¨   Penjaga Bayi
– Latih penjaga bayi anda untuk member susu perahan
– Untuk permulaan adalah lebih baik orang lain yang member susu perahan kepada bayi anda. Ini kerana bayi anda yang biasa  dengan bau ibunya akan menolak pemberian orang lain
– Berikan sedikit masa untuk memastikan penjaga anda memahami perkara berikut
i)                    Cara menyimpan susu perahan
ii)                  Cara menyediakan susu untuk bayi
iii)                 Tidak perlu member bayi air suam, susu formula atau makanan lain selain susu perahan
iv)                  Nombor telefon anda dan suami untuk dihubungi pada waktu kecemasan

   Kat sini ada eila sediakan jadual untuk latihan ibu-ibu sebagai persedian sebelum menghantar anak ke rumah pengasuh....boleh tengok berapa kali anak menyusu dan berapa jumlah kuantiti susu yg diminum.



<!-- nuffnang -->
<script type="text/javascript">
nuffnang_bid = "9003da48c80251da6f8aa6d53dfec451";
</script>
<script type="text/javascript" src="http://synad2.nuffnang.com.my/j.js"></script>
<!-- nuffnang-->

Wednesday, November 10, 2010

Insert CD


RM10 >  1pcs


RM10 >  1pcs






Monday, November 8, 2010

Alasan Tidak Menggunakan CD


MAHAL : cuba and perhatikan perbezaan CD dengan pampaer pakai buang. Anda akan nampak perbezaannya.

LECEH : jika anda beli jenis SNAPbutton, Jika anda gunakan jenis VELCRO, sama je dengan DD.

SUSAH NAK BASUH : Cume bilas dengan air untuk hilangkan pee @ poo-poo, kemudian masukkan washing machine atau sental/ gosok menggunakan tangan.

BOCOR : Jika CD dipakai dengan betul. Mesti xbocor. Mesti ade sebab CD bocor. CD bocor jika pakai xkemas dan lebih dari 3-4 jam.

BULKY : Xder la besar sgt. Sbb Insert pon bukan tebal mane. Baby New Born boleh guna 1 insert je.

BERBAU. Kalo bilas/ basuh bersih-bersih, x ada masalah bau.

KOTOR : DD pon kotor jugakkan.. Siap memenuhkan tong sampah lg.

KESAN KUNING NAJIS : Fleece pada inner layer memang di reka untuk mudah menanggalkan najis. Jadi bile sudah dijemur MATAHARI, kesan kuning akan hilang.

TIMING . Tiada beza dengan DD. If baby awak heavy wetter, mmang kne tukar cepat. Same goes with DD.

XMENARIK : Cc ini didatangkan 2 jenis. Plain dan Printed. Plain terdiri drpd pelbagai warna terang dan lembut. Printed pula pelbagai corak. Yang lebih menarik jenis Minky kerana kainnya lembut seperti baldu.

MEMBAZIR AIR DAN SABUN : Memang DD pakai buang, xperlu basuh. Tetapi untuk membasuh CD, syarat wajib adalah air banyak dan sabun sedikit. Sabun yang diguna seelok-eloknya sabun yang murah. Kosnya pasti tidak melebihi kos membeli DD sepanjang tahun.





Perbezaan CD dengan Pampers Pakai Buang

 
Sehari
Cloth Diaper :
20* RM 32 = RM640
Wet bag = RM 30
Washing Net : RM 8
Total = RM 678
Disposable Diaper (mengikut jenis)
5 keping sehari
RM 0.50 * 5 = RM 2.50 sehari
RM 2.50 * 30 = RM 75 sebulan
RM 75 * 12 = RM 900 setahun
1st Child
Kos : RM 678
Kos : RM 900
2nd Child
Nil
Kos : RM 900
3rd Child
Nil
Kos : RM 900
4th Child
Nil
Kos : RM 900
Total
RM 678
RM 3,600













Tips2 Penjagaan CD

1)  Gunakan Washing Net untuk menjaga butang2 CD drpd rosak/tercabut dan memanjangkan jangka hayat CD anda.

2)   Gunakan sabun yg sedikit / 1/4 drpd 1 sudu @ sukatan biasa (dpt jimat sabun gak)

3)   Gunakan air yg banyak semasa membasuh CD di dalam mesin basuh

4)   JANGAN gunakan sabun yang mengandungi enzim, peluntur, pelembut kain. Pendek kata guna sabun murah ajer hehe (jimat lagi kan). Sabun serbuk akan terperangkap dlm insert dan menyebabkan kebocoran. Sabun yg digalakkan..gel Sunlite. Logical Issue : sabun ni xde enzim, serbuk dan peluntur. Nappi Kleen pun bagus.

5)  Sebaik2nya jemur di bawah sinaran matahari untuk menghilangkan kesan2 kuning Poo Poo.

6)  Jika mahu mengumpul CD sebelum dibasuh, tolong kumpulkan semua CD yang telah dibilas dan diperah ke dah BALDI yang KERING. Baldi basah menggalakkan pertumbuhan bakteria. Bila perah CD tu, kite boleh rasa seakan kering.

7) Untuk babysitter usage, sila tukar CD afer 3-4 hours. Lipat dan terus masukkan dlm wet bag / plastic. Bile kita balik, baru bersihkan. Kalaubbysitter rajin, dia boleh buang poo-poo dulu, lg elok...

8)  Untuk elak kebocoran, perlu dipastikan saiz yang dipakai adalah betul dan ditukar setiap 3-4 jam sekali.

9)   Pre wash hendaklah dilakukan 3x atau lebih. kurang pre-wash akan menyebabkan Insert xmenyerap dgn baik.

10)  Bilas dengan bersih untuk elak kebocoran dan bau.






Apa Itu Cloth Diaper (CD)


1. CD: cloth diaper/ lampin kain moden. Terdiri daripada Pocket Diaper, & Insert.

2. Pocket diaper: Lampin kain yg mempunyai poket untuk memasukkan insert/ soaker mengikut keperluan bayi. Terdiri dari 2 item, Outer Cover : PUL dan Inner Cover : Microfleede / Suede

3. PUL: Singkatan daripada polyurethane laminate, sejenis fabrik yg digunakan sebagai lapisan paling luar (outer layer) dan bersifat kalis air untuk menghalang kebasahan dari dalam menembusi luar lampin.

4. Fleece: Sejenis fabrik yg tebal, gebu dan lembut terletak di antara kulit bayi dan insert/ soaker. Fabrik ini membuatkan bayi rasa kering dan selesa.

5. Insert/ soaker: Penyerap kebasahan yg biasanya diperbuat drp fabrik microfiber, digunakan bersama pocket diaper.

6. Microfiber: Diperbuat daripada 75% polyester 25% polyamide,. Ia memerangkap kelembapan diantara fiber dan menyerap 8x ganda drpd beratnya. Ringan dan Nipis, Microfiber kering dengan mudah dan mendapat lebih serapan dengan pengguanaan kerap. Elakkan menggunakan microfiber secara terus dgn kulit bayi kerana ia akan mengeringkan kulit bayi.

Saiz
: S,M & L
: One size (OS): Saiz boleh diubah sama ada S / M / L dengan menggunakan snap button yg disediakan, boleh dipakai bayi dari lahir hingga 3 thn (3-15kg)






Sunday, November 7, 2010

coretan eilarazi

Alhamdulillah..terhasil jgk blog aku ni akhirnya...bukan pndai pun sbenrnye tp buat2 pndai je...hehe
Sebelum tu aku ingin berkongsikan cerita dengan kwn2...cerita koleksi cloth diaper (cd)..OOps bkn utk aku tau, tp utk ank kesayanganku...Nur Farisha Maisara....erm aku rse x sia2 aku memilih  cd ni...walaupun hrganye korang rse mahal...tp ianye amat berbaloi...mcm iklan celcom tu...Berbaloi2.. :P

Mule2 aku cbe 1 dlu, yela mne tau beli mahal tp x pakai plk lps tu..kan membazir nmenya....mmbazirkn amalan syaitan...tul x kwn2.. ??? so, nk d jadikan cite lps aku cb pakaikan kt ankku, aku mle brfikir..." kalo la aku pakai yg ni dr dlu lg, kn jimat " mana x nye, 1 pek pmpers mne ckup yunk!! lg2 kalo new born baby...

So skrng ni aku dah kumpul cd2 utk ankku n bakal anak2ku yg len nnt.. ( erm bile la agknye ek...tnggu akak dia bso ckit kot ) :) yang corak, yg plain...n mcm2  jnis aku kumpulkan utk dia...dia pun ske sgt ble aku bg cd yg baru...1st aku cb pakaikn dlu kt rmh..n then x lme lps tu aku cb plak bg kt taska smpaila skrng n hr2 yg akan dtg....

Apa yg aku nk katakan kt sni..x rgi jika membeli krn ia adalah 1 keperluan dan bukan kehendak...di samping kte sbg istri dapt tolong jimatkn duit suami....cian suami penat2 cr duit, dpt duit, beli pampers pastu buang...ermm macam buang duit plak kan....

Terpulang la pd ibu2 d luar sne utk memilih mne yg terbaik bg ank2 n keluarga kte....apa yg pnting 'Anak Suke Ibu Setuju'