Saturday, November 4, 2017

10 Amalan untuk diamalkan ibu bapa buat anak-anak

 Assalamualaikum selamat pagi. Kak eila sharing semula 10 tips amalan surah dan doa untuk anak yang pernah dikongsikan oleh Prof Dr. Muhaya.

Jom sama-sama kita amalkan.

  • kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu
    yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
-








2. Pandang wajahnya semasa dia tidur
ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak)
jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah
amalkan ( ustaz kata ini makna kita
bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan
ini adalah DOA Dan Allah Maha
mendengar lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat malam, solatlah
hajat disisinya. Maksudnya Kita solat
dalam bilik dia Dan dekat dengan dia.
Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu
beritahu dia yang Kita sering doakan dia,
dia akan rasa satu ikatan kasih sayang
yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia
dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan
tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa
bahawa kita ni sedang menunggu
panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak
soleh bermakna dia tak sayangkan kita
dan tentunya kita akan merana di Alam
Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia
sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia
masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian
ibu sambil bisikkan padanya yang kita
bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak Kita setiap masa
walaupun perbuatannya amat melukakan
hati Kita.Muhasabbah diri mungkin
kesilapan yang anak lakukan itu adalah
kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
7. Yang paling penting jaga tutur kata
Kita, jangan sekali-kali ucapkan
perkataan yang boleh melukakan
hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita
TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang
sesuai untuk Kita minta maaf padanya.
Mengakulah padanya itu kelemahan Kita,
Kita marah kerana dia buat salah,bukan
bermaksud membenci.Ceritalah buat
macam dramapun boleh .
8. Amalkan membaca ayat 40 surah
Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat
keturunan Kita termasuk dalam golongan
orang2 yang tetap mendirikan Solat.
[Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang
yang mendirikan sembahyang dan
demikianlah juga zuriat keturunanku.
Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa
permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna
ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal
Quran sekalipun jika tidak mempunyai
peribadi yang mulia.Allah tak pandang
wajah yang cantik tapi pandang hati yang
cantik. Allah tak sayang, manusia tak
suka.
10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah
lembutkanlah hati anak-anak ku sebut
nama dia.....untuk faham agamanya ",
[kenapa Kita nak dia faham agama,
kerana anak yang tak faham agama
boleh bawa ibubapanya juga ke neraka]
sebagaimana engkau lembutkan beras ini
menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam
( macam org tawaf ) sambil selawat
kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat
kerja ini hati jangan lalai..dan ingat
kepada Allah selalu.
silakan #share untuk manfaat kita
bersama.

Doa Untuk Anak

Apa pentingnya ibu bapa bacakan doa untuk anak?


Seharian kita sibuk dengan tugasan dan menguruskan anak-anak, dengan harapan anak-anak dapat membesar dengan segala kecukupan. Perlu diingat bahawa selain usaha kita, satu lagi faktor penentu kejayaan anak-anak adalah keberkatan.

Antara cara untuk mendapatkan keberkatan adalah melalui doa ibu bapa.
Oleh itu, mari kita amalkan doa untuk anak ini agar mereka menjadi anak yang berjaya di dunia dan di akhirat. Doa untuk anak ini semuanya diambil daripada ayat-ayat Al-Quran agar menjadi rujukan kita sepanjang hayat.



Ibu bapa yang terbaik akan sentiasa mendoakan anaknya menjadi yang terbaik.  Oleh hal yang demikian, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan didikan agama yang sempurna diberikan yang secukupnya kepada anak-anak mereka.

Biarlah kita mendidiknya dari kecil lagi.  Supaya kelak, dia membesar nanti dengan didikan agama. Semoga doa terbaik untuk anak-anak ini dapat dijadikan panduan untuk semua

10 Amalan untuk diamalkan ibu bapa buat anak-anak

 Assalamualaikum selamat pagi. Kak eila sharing semula 10 tips amalan surah dan doa untuk anak yang pernah dikongsikan oleh Prof Dr. Muhay...